100 tahun. Satu abad bukan sekadar angka, tetapi satu bukti bahawa seorang manusia bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menulis sejarahnya sendiri dan sejarah itu mengalir ke dalam nadi negara. Seabad usia Tun bukan semata-mata tentang panjangnya hayat, tetapi tentang dalamnya kesan perjuangan, luasnya pengaruh pemikiran, dan tingginya nilai khidmat yang telah dicurahkan kepada watan tercinta. Daripada seorang anak yang bergelar doktor di Kedah, kepada pemimpin yang mengubah wajah Malaysia di mata dunia Tun adalah gambaran keberanian dalam membuat keputusan, ketegasan dalam prinsip, dan kejelasan dalam visi. Tun bukan sekadar pemimpin, tetapi guru kepada banyak generasi. Kata-katanya tajam, tetapi selalu menyembuhkan. Pandangannya berani, tetapi selalu berlandas pada cinta terhadap bangsa dan negara. Pada usia 100 tahun ini, kita bukan hanya meraikan seorang lelaki kita merangkul legasi, mengenang jasa, dan mendoakan agar Tun terus diberi kesihatan dan ketenangan dalam us...
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Seperti yang kita semua maklum, hari ini 16 Mei 2025 merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh warga pendidik di Malaysia. Khususnya buat guru-guru di SK Pantai Remis, SMK Pantai Remis, serta semua guru di seluruh tanah air, dari sekolah rendah, sekolah menengah, hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Pada hari yang penuh penghargaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Teruskanlah semangat kalian dalam mendidik dan membimbing anak bangsa. Tanpa kalian… siapalah kami. Kami tidak akan mampu melangkah sejauh ini tanpa bimbingan, tunjuk ajar, dan kesabaran seorang guru. Apa jua kejayaan yang kami kecapi hari ini, pastinya ada doa seorang ibu, dan juga didikan seorang guru di belakangnya. Meskipun ada antara kami yang telah lama meninggalkan alam persekolahan, namun ilmu, jasa, dan bakti para guru tetap hidup dalam jiwa kami. Ia tak akan pernah padam, selagi nyawa masih dikandung badan. Ak...