Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang kita semua maklum,
hari ini 16 Mei 2025 merupakan hari yang amat bermakna buat seluruh warga pendidik di Malaysia. Khususnya buat guru-guru di SK Pantai Remis, SMK Pantai Remis, serta semua guru di seluruh tanah air, dari sekolah rendah, sekolah menengah, hinggalah ke institusi pengajian tinggi.
Pada hari yang penuh penghargaan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar pendidik. Teruskanlah semangat kalian dalam mendidik dan membimbing anak bangsa. Tanpa kalian… siapalah kami.
Kami tidak akan mampu melangkah sejauh ini tanpa bimbingan, tunjuk ajar, dan kesabaran seorang guru. Apa jua kejayaan yang kami kecapi hari ini, pastinya ada doa seorang ibu, dan juga didikan seorang guru di belakangnya.
Meskipun ada antara kami yang telah lama meninggalkan alam persekolahan, namun ilmu, jasa, dan bakti para guru tetap hidup dalam jiwa kami. Ia tak akan pernah padam, selagi nyawa masih dikandung badan.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan...
Selamat Hari Guru
kepada semua guru di Malaysia.
Terima kasih kerana terus mencintai tugas yang sangat mulia ini..
Comments
Post a Comment