Satu abad bukan sekadar angka, tetapi satu bukti bahawa seorang manusia bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menulis sejarahnya sendiri dan sejarah itu mengalir ke dalam nadi negara.
Seabad usia Tun bukan semata-mata tentang panjangnya hayat, tetapi tentang dalamnya kesan perjuangan, luasnya pengaruh pemikiran, dan tingginya nilai khidmat yang telah dicurahkan kepada watan tercinta.
Daripada seorang anak yang bergelar doktor di Kedah, kepada pemimpin yang mengubah wajah Malaysia di mata dunia Tun adalah gambaran keberanian dalam membuat keputusan, ketegasan dalam prinsip, dan kejelasan dalam visi.
Tun bukan sekadar pemimpin, tetapi guru kepada banyak generasi.
Kata-katanya tajam, tetapi selalu menyembuhkan.
Pandangannya berani, tetapi selalu berlandas pada cinta terhadap bangsa dan negara.
Pada usia 100 tahun ini, kita bukan hanya meraikan seorang lelaki kita merangkul legasi, mengenang jasa, dan mendoakan agar Tun terus diberi kesihatan dan ketenangan dalam usia emasnya.
---
Dalam seribu langkah bangsa melangkah,
Ada bayang teguh seorang pejuang tak lelah.
Dialah Tun, tinta sejarah yang tak pudar,
Dalam hujan kritikan, tetap berdiri tegar.
Seabad Tun bernafas di bumi merdeka,
Mengukir jejak pada setiap debu dan sukma.
Dari hiruk Kuala hingga sunyi Putrajaya,
Namamu kekal, walau masa berlalu jua.
Mata tuamu menyimpan ribuan cerita,
Tentang jatuh bangun tanah air tercinta.
Tanganmu menulis dasar dan wawasan,
Lidahmu bicara jadi nadi kebangkitan.
Tun,
Selagi bulan dan bintang menyapa langit,
Namamu takkan lekang walau mentari menyipit.
Jasamu bukan untuk dikenang setahun dua,
Tetapi diwarisi, difahami, dan dijaga.
Selamat ulang tahun yang ke-100, Tun.
Semoga Allah memelihara Tun, seperti mana Tun memelihara negara ini dalam cintamu.
Mk_Waleed01
10Julai2025@2:05am
Comments
Post a Comment